Pemilik-pemilik laman web pasti tercari-cari penyelesaian terbaik bagi memastikan perniagaan mereka mendapat tempat di hati pelanggan. Persoalannya di sini, apakah cara yang terbaik untuk menarik ramai pelanggan supaya berkunjung di laman web anda? Mujur kini terdapat pelbagai cara dan kaedah bagi mengarahkan lalu lintas untuk disasarkan ke laman web. Antara kaedah-kaedah yang boleh digunapakai seperti:
1. Pay Per Click (Google Adwords)
Google AdWords adalah produk iklan berbayar yang dikeluarkan oleh search engine dan direktori Google. Ia memiliki pengiklanan dalam bentuk teks yang ditampilkan pada mesin pencarian Google ketika membuat pencarian dengan kata kunci tertentu.
Tujuan pemasangan iklan di Google AdWords adalah untuk mencari pelanggan baru yang sedang melakukan browsing atau mencari produk di Google. Iklan anda akan terpapar di website-website publisher google adsense dan akan dipapar juga di halaman pencarian pada Google.
Menariknya, anda hanya akan bayar ketika iklan anda di klik sahaja. Iklan dalam bentuk ini kebiasaannya akan diletakkan di bahagian kanan hasil pencarian. Berbanding dengan iklan berbayar yang lain seperti Yahoo, Msn dan sebagainya, Google AdWords lebih mudah digunakan.
2. Pay Per Click (Facebook)
Menggunakan Pay Per Click di Facebook dapat membantu anda mendapat lebih perhatian dengan lebih cepat. Sama seperti google Adwords, bentuk iklan berbayar seperti ini akan dipaparkan di ruangan khas halaman facebook.
Peluang pengunjung untuk melayari laman web anda akan lebih menyerlah melalui kaedah ini. Hal ini kerana jumlah pengguna facebook kini di Malaysia sahaja telah mencecah sebanyak 9 juta orang!
3. Blogging
Blog kini begitu popular dan merupakan salah satu trend gaya hidup. Blog yang berkualiti mempunyai pengikut yang tersendiri. Gaya bahasa yang menarik dan fakta yang jelas membantu sesebuah blog mendapat rating yang tinggi kepada pengunjungnya.
Anda boleh membuka blog anda sendiri dan menceritakan perihal kedai online anda ataupun memaparkan banner kedai online anda di blog rakan taulan anda yang lain untuk mempromosi kedai online tersebut. Malah, anda juga boleh bertindak sebagai tetamu di sesebuah blog dengan cara membalas pendapat yang munasabah.
Sebagai balasannya, anda dapat mempromosikan web anda di bahagian biografi di akhir laman tersebut. Cara ini sangat berguna untuk mendapatkan backlink.
4. Rangkaian sosial (Facebook)
Selain Myspace, Twitter, Youtube, Digg dan sebagainya, Facebook merupakan rangkaian yang paling utama digunakan masa kini. Anda bayangkan sahaja jika laman web anda dibicarakan melalui rangkaian tersebut. Pasti jumlah pengunjung akan meningkat di laman web anda.
Melalui facebook, anda akan mendapat pelanggan yang ditarget seperti kesesuaian dari segi umur, jantina, jenis pekerjaan yang dilakukan dan sebagainya. Anda juga boleh menulis artikel di facebook mengenai kedai online anda ataupun dengan hanya menyediakan ‘direct link’ ke kedai online dan menyebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Di facebook, anda boleh menambah ramai kenalan diserata dunia untuk mendapatkan trafik yang lebih tinggi.
5. Pemasaran melalui Video
Merupakan method semasa yang digunapakai ketika ini. Dengan jutaan pengguna dan penonton, anda boleh meng-upload video yang mempunyai butiran mengenai iklan anda.
Gunakan keyword specific, dan masukkan keyword tersebut di dalam title dan description dari video anda. Anda akan turut disediakan ruangan untuk meletakkan URL, agar pengunjung dapat menyinggah di halaman website anda setelah mereka melihat video yang telah dipaparkan. Semakin ramai orang yang melihat video anda, semakin besar kebarangkalian mereka mengklik link anda.
6. Pemasaran melalui Forum
Kebayakan forum akan menyediakan signature atau tanda tangan untuk menempatkan URL atau laman web ahlinya. Keuntungan yang boleh didapati melalui pemasaran forum ini adalah trafik yang diterima lebih terarah. Misalnya, anda seorang peniaga alatan komputer, anda boleh berdiskusi mengenai hal-hal komputer ataupun memberi tips-tips berguna di ruangan khas yang telah disediakan.
Secara tidak langsung, anda dapat mempromosi laman web anda dibahagian bawah ruangan forum tersebut dan meningkatkan reputasi pengunjung untuk berkunjung di laman web anda. Selain itu, anda turut digalakkan untuk kerap membuka thread baru. Ini kerana post yang pertama lebih mendapat perhatian dari pengunjung yang lain.
7. Pemasaran melalui Email
Teknik ini menggunakan perkhidmatan kemudahan email yang bertujuan untuk mempromosi produk atau servis bagi mendapatkan ramai pengunjung ke laman web. Anda hanya perlu mengumpul dan menyenaraikan alamat email kenalan anda dan kemudian menghantar email kepada mereka mengenai perniagaan online yang anda jalankan beserta link alamat laman web anda. Pasti mereka teruja untuk mengetahui barangan yang ingin anda tunjukkan.
8. Pengoptimuman Enjin Carian
SEO (Search Engine Oprimization) atau Pengoptimuman Enjin Carian adalah satu teknik untuk meningkatkan trafik atau pengunjung sesebuah laman web. SEO bertindak membantu dalam mempromosikan sesebuah halaman. Ia turut dikaitkan dengan teknik pemasaran yang menggunakan teks atau kandungan dalam satu laman web.
Secara ringkasnya, SEO ditakrifkan sebagai satu aktiviti untuk mengoptimumkan keseluruhan sistem laman web supaya lebih mesra kepada agen carian dan seterusnya meningkatkan trafik bagi sesuatu masa.
9. Pemasaran melalui Artikel
Cara ini hampir sama dengan menjadi tetamu di blog. Anda menulis artikel yang berkualiti dan berkaitan dengan perniagaan anda seterusnya menyebarkan artikel tersebut ke artikel-artikel directory.
Melalui cara ini anda boleh meningkatkan reputasi anda sebagai usahawan online kerana orang luar akan beranggapan perniagaan anda adalah perniagaan yang stabil dan secara tidak langsung mendapat backlink daripada mereka.
10. Press Release (PR)
Merupakan cara yang efektif untuk menghasilkan backlink. Hal ini kerana banyak blogger mengambil pengisian artikel dari halamn press release dan meletakkan di ruangan website mereka. Dengan cara begitu, link anda secara tidak langsung akan turut terikut dan dengan hanya bermodalkan pengisian artikel tersebut, anda berpotensi menghasilkan ratusan backlink.
No comments:
Post a Comment