Custom Search

Saturday, 18 February 2012

Bagaimana Cara Melariskan Jualan Produk Anda

Sama ada jualan secara offline atau online, teknik yang betul dan tepat perlu ada dalam aspek perniagaan. Walaupun dengan produk yang baik, tanpa kaedah yang sesuai, hasil jualan tidak seperti yang diharapkan atau mungkin tanpa sebarang keuntungan.

Tips melariskan produk jualan adalah dengan:

1. Jual faedah bukan produk. Apa kebaikan daripada produk anda yang bakal dinikmati pengguna. Jangan hanya mementingkan harga. Pengguna sanggup membayar dengan harga yang mahal asalkan segala kebaikan dan faedah membantu menyelesaikan masalah mereka.

2. Tambahkan bonus atau hadiah percuma. Setiap barangan percuma memang digemari oleh semua. Apabila pengguna membeli barangan dan kemudiannya disusuli dengan hadiah percuma, secara tidak langsung mereka rasa dihargai. Pada masa yang sama, produk anda akan berkembang dengan tanggapan positif daripada pembeli kepada umum.

3. Baca dan bertindak. Dalam iklan promosi, tambahkan perkataan kepada bakal pembeli untuk bertindak selepas membaca iklan. Bertindak bererti membeli produk anda. Contohnya, ‘Dapatkan sementara stok masih ada!’ Ia akan memberi peransang dan emosi kepada bakal pembeli untuk terus bertindak membuat tempahan.

4. Jual diri sebelum jual produk. Pandangan bakal pembeli kepada seorang jurujual amat mempengaruhi setiap tindakan. Tunjukkan kemampuan, kemahiran dan juga pengetahuan yang tinggi kepada produk yang dijual. Keyakinan daripada semua ini membantu melariskan jualan produk anda.

5. Jual pada sasaran yang betul. Sasaran yang betul lebih mudah tertarik dengan produk yang dijual kerana mereka mempunyai pengetahuan, minat dan kecenderungan yang hampir sama dengan produk. Contohnya, menjual pakaian bayi kepada ibu bapa dan bukannya remaja yang masih bujang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

  1. terima kasih atas cadangan... via www.kedaionlineterengganu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terimakasih..good advise..

    http://rahsiamuscare.blogspot.com

    ReplyDelete